Wednesday, March 21, 2012

Lega dan Gembira..Lulus 100% dan GPS 3.0!

Salam..

Buat makluman semua, hari ini iaitu 21 Mac 2012 telah diumumkan keputusan SPM 2011.. Keputusan mula diedarkan mulai jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing..

Kawan nak bercerita tentang sekolah kawan terutamanya mata pelajaran kawan iaitu Prinsip Perakaunan. Keputusannya sekolah SMK Jengka 21 mendapat kelulusan 100% dan secara kelulusan GPS mendapat 3.0 . Semua pelajar mendapat kelulusan kredit atas..

ALHAMDULILLAH...... Kawan berasa lega kerana semua lulus dan gembira kerana semua boleh kategori cemerlang....
Tahniah kepada para pelajar terbabit...

Secara keseluruhannya, SMK Jengka 21 mengalami kemerosotan dari segi ranking sekolah dengan berada dikedudukan ke 14 dalam daerah Maran... Dari segi GPS dan peratus kelulusan kawan tidak mendapat input lagi...

Natijahnya, kawan kena berusaha lebih agar keputusan SPM 2012 dapat mendapat mencapai serapat yang mungkin...

TAHNIAH SEMUA.....

No comments: