Tuesday, June 5, 2012

Perumahan Kos Rendah di Simpang Jengka 8 mula dibina semula..

Salam..

Hari ini ada semangat sikit nak menulis tentang kawasan kita ni.... Yer ler asyik salin dan tampal jer...

So, arini kawan nak bercerita tentang perumahan... Semua sedia maklum di Taman Gelanggi Perdana, Simpang Jengka 8 (panjangnya gelaran tempat tu)... Terdapat pelbagai rumah sedang dibina... Yang kawan tahu.. Banglow 12 biji, Semi D 50 biji dan lebih kurang 150 biji untuk rumah teres setingkat....

Kesemua itu sudah hampir siap dibina, cuma tinggal air, api dan jalan jer masih sangkut... Kes TNB ler ni... sama macam kes rumah kawan.. Sebab pemaju sama... Sebang ooo Sebang... Sambil tu kawan tengok kawasan bersebelah sungai tekam sebelah shell tu sudah dibina rumah teres setingkat .. Fasa 2 gamaknya.. tapi iklan tiada lagi.... karang jadi macam Taman Jengka Mahkota walaupon sudah diduduki masih tak terjual 80 unit lebih... Sape suruh jual mahal2... Macam mana gamaknya nanti taman perumahan dibawah koska .. tepi SK Desa Jaya tu.. Tanah dah sodok.... ramai dah call kawan bertanya.. Padahal mana ada apa lagi....

Berbalik dengan taman gelanggi perdan ni, sementara kawan selalu lalu dikawasan taman tu.. kawan terlihat ada aktiviti di kawasan perumahan kos rendah... Kawasan dahulu semak samun dah mula diterangkan separuh.... Dan kawan mula melihat ada aktiviti pembinaan di situ... Maksudnya sudah ada progress.. ye.. Sebelum diambilalih oleh Sebang.. Projek ni dikatakan milik sykt berkaitan nordin Wahid.. Konsep asal perumahan itu adalah pasang siap... dan jualan selepas selesai dibina.. Yer mungkin kekurangan dana penyebab terbengkali dan dijual kepad cina N9 ni..

eloklah tu, kawan dengar temuduga sudah dijalankan sejak 2006 lagi... ramai berminat rumah tu... maklumlah kos rendah.... Tapi bila sebut kos rendah, katanya rumah ibu tunggal di simpang Jengka 1, banyak tak laku lagi...

xpe.. kita layan gambar terbaru dahulu....














10 comments:

Salmi Khairil said...

saya tengah mencari rumah sekitar kawasan jengka..nak beli tapi tak tau sebab duk putrajya balik kg sekali sekali tak sempat nak survey

adrianiamri said...

Pertama,
terima kasih melawat blog kawan..

Kedua,
Memandangkan deme ada duit dan duduk pulak putrajaya, kawan cadangkan deme belilah lot rumah sahaja.. Beli deme dah bersara karang, buatler rumah sendiri ikut design sendiri... Lot di Sg Salan dan Rumpun Makmur ada dijual sekarang... Lebih kurang RM15 sekaki..

Tapi kalau nak beli lot rumah sekitar Jengka, Kena tunggu 5 tahun lagi.. Projek perumahan ada di Jengka tetapi selalu SOLD OUT.. Berebut orang nak beli, macam pisang panas..
Harga melampau sangat, ada ker Teres setingkat dekat mencecah RM200k.. Kawan cadangkan Tunggu dalam 5 tahun lagi untuk membeli kerana pasaran rumah dah stabil... Kenapa?.. RAHSIA heee...

Kalau nak beli juga yang siap, Taman Jengka Mahkota masih ada 80 unit lebih tidak terjual.. Begitu juga Taman Gelanggi PErdana, kawan tengok FAsa 2 sudah dibuat... Tak iklan lagi.. Kedua projek ni dibina oleh sykt Sebang Perdana SDn. Bhd.. google jer maklumat dia...

nam lazer said...

ada saya telefon syarikat ni nak tanya harga rumah, sy dimaklumkan oleh staf yg angkat panggilan saya, harga tak tau lagi, nk tunggu cf dapat baru boleh jual...

Azeze Sahri said...

Salam admin

Minta tolong suggestkan kawasan perumahan baru yang menghala ke jerantut dari bandar jengka. Xlarat nak cari rumah dan menunggu rumah di bandar jengka..dah la mahal nak mati, sy dengar ada kawasan perumahan baru bukak ye berdekatan jengka 8 juga, namanya taman ______ baru, tak ingat taman apa..sewa pun kira ok jugak..thanks

adrianiamri said...

Salam..

Lambat membaca komen...

Kalau nak rumah dari area Jengka ke Jerantut, ada beberapa..

1. Di Bandar Jengka sendiri .. sekarang dibuka jualan Taman Jengka Impian 2.. Harga buka min RM189k untuk rumah teres setingkat...

2. Di Bandar Jengka jugak.. Dah siap.. Taman Jengka Mahkota .. Ad beberapa lot lagi tidak terjual.. Tapi dah siap.. beli hari ni, esok dapat kunci... Harga min kawan tanya RM365k...Rumah SemiD dua tingkat....

3. Taman Gelanggi Perdana yang kawan dok cerita ni.. just tunggu CFO jer... Ni yang lambat ni.. tapi rasa dalam bulan 6 or 9 ni dapat ler CF tu.. Lama2 karang, bangkap pemaju nak bayar pampasan...
Min 150k untuk rumah teres.. kalau ada lagi ler...Fasa 2 tunggu sia baru jual.. kalau kena macam fasa 1...

4. Kawan lepas Sg Salan, ada dijual lot banglow... kawan call dia kata harga RM45k hari tu...

5. Taman Jerantut Ferry. Ni nampak macam nak siap, ada yang dah kata habis... boleh tanya pemaju kot ad x lepas loan.. dengarnya minima RM285k untuk SEmi D

6. Kawasan area Jerantut... Pergi Bandar, bersepah iklan jual rumah. Pilih jer... Tapi kawan cadangkan pilih di kawasan Bandar Inderapura menghala ke Temerloh.Nampaknya pembangunan menghala ke sana...

Itu sahaja.. Kalau ada kawan akan tulis lagi.... Kalau nak beli tanaatau rumah , rasanya ada lagi di internet.. Rajin ler mencari.. Nak suruh kawan, komisen ler beb.heheeee

Azeze said...

Terima kasih la en admin kerana mengreply.

kawan masih mencari rumah ni,tp tak nak la kene tipu kaw2 dgn harga rumah di jengka ni, kwn dr kl kene hantar mengajar di jengka, pemaju sini mmg aim kakitangan kerajaan dan suka2 hati letak harga rumah.

nak tanya kalau2 ada tanah lot banglo untuk dijual di area / berdekatan dgn bandar jengka/uitm kabo la kat kwn ye, yg rm45k tu di sg salan mana pulak kwn tak tau hehe

terima kasih byk2

mohd nizam ijam said...

Salam..sy mmg tgh cari nak beli rumah or tanah di sekitar jengka ni..sy org jengka 9, isteri org jengka 8..ibubapa kami dah uzur..itu salah satu sebab knp kami nk balik kmpung..andaikata ade tanah atau rumah yg nak dijual..mohon jasa baik pihak tuan utk bgtau sy ye..terima kasih

afifah ashaari said...

rumah mahal sgt skrg.tak mampu saya nk beli.menumpang rumah orang tua jela.nk mohon pinjaman pun tak layak sebab gaji kecik.

meq said...

Slam..kwn ade rumah pprt di jti 1.. 3 blik 1 blik air.. Range 80k-100k.. Ade bbrpe prob dgn fmily cket nk setel ( bincang kmudian) shah.ridzuan@yahoo.com untuk mklumat lnjut..tq

adrianiamri said...

Salam.

Pertama, kena realiti yang mana tidak benda yang percuma malah semakin mahal. Ini kesnya di Pahang terutamanya di Jerantut dan Bandar Jengka.

Rumah paling murah RM100 ribu di Jerantut dan Jengka. Tu pon kena beli tunai. CASH. Tiada pinjaman dari bank. Sebab apa. Harga tak masuk dek akal atau bahasa formalnya nilaian terlalu tinggi. Tapi yang bestnya, habis jugak.. Kayo ler orang-orang ni..

Yang berpendapatan rendah dan tiada bergaji tetap... Kawan tumpang kesian. Nak buat macam mane. Keadaan macam ni..

Heeeee. Datang dah idea jahat ni.. (korang buat jer kat tanah kerajaan mana2.. clear tanah dan terus buat rumah. Dok situ. Ajak ramai sikit lagi bagus. Bersepah lagi tanah kerajaan. Diorang x halau punyer. Siap akan bagi pampasan bila diorang nak guna kelak.. Entah2 20 tahun lagi...

Kalau anak peneroka , lagi best, sewa backhoe gi jer sodok mane2 tanah korang nak buat.. pastu buat jer... Pengurus marah ker,JKKK marah ker.buat bodo je... Kata kat mereka, kalau tak nak bagi, pergi roboh rumah yang dah berkurun buat di tanah rezab tu..

Dua2 kes, hati mau kering ler...tanggung sendiri jika nak buat..)

IDEA JAHAT sape tah.....Tak patut betoi.