Salam..
Semalam 7 Okotber 2011 jam 4 petang, Menteri kewangan selaku perdana Menteri telah membentangkan Belanjawan bagi tahun 2012.. Sebanyak RM232.8 bilion diperuntukan dengan defisit 4.7% untuk pelbagai disilpin bidang perbelanjaan dengan sasaran pertumbuhan ekonomi 5 - 5.5% dan dapat mengekang inflasi dalam kadar semasa..
Jadi, kawan pon cuba meneliti apa yang kawan sebagai rakyat yang membayar cukai dapat...Setelah mencari dan membelek, maka kawan dapati banyak juga kawan dapat...
Keuntungan untuk kawan
Sebagai Kakitangan Awam
1. Kenaikan Gaji 7 -13 % ( rasa kawan dapat 10% jer)
2. Kenaikan tahunan RM80-RM320 setiap tahun (Rasa kawan sekarang RM90 akan naik ke RM150)
3. Pencen kawan dinaikkan ke umur 60 tahun (rasa kawan nak tolak kot..)
4. Kenaikan Gred lebih cepat( sekarang 10 tahun, dicadangkan 8 tahun..Maksudnya kawan boleh naik Gred 44 tahun depan ler...Ini juga bermaksud kawan boleh pencen sehingga Gred D54 (macam gred pengarah negeri jer..hehee)
5. Pengenalan SBPA menggantikan SSM.. Gred gaji selapis.. Maknanya kawan akan menikmati kenaikan tahunan setiap tahun berbanding sekarang yang mana kawan akan gaji mati sebanyak 2 kali iaitu di Gred 44 dan Gred 48 ...
6. Lain-lain faedah dalam SBPA
7. Bonus setengah bulan lagi pada Dec 2011 ni...
Sebagai rakyat Malaysia..
1.Pengecualian cukai untuk derma kepada rumah ibadah (tu pon kalau declare)
2.Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.. Kawan anggota KPF... Anak peneroka... Ade ker tempias...
3. Dah xde.. yang lain kawan x dapat manafaat..
Itu untuk kawan punya kes la.. Orang lain kawan tak tahu.. Nampaknya nasib kawan bekerja sebagai kakitangan adalah sangat baik..Jarang dilupakan..
Tapi sebagai rakyat awam Malaysia seperti kebanyakan orang lain, manafaatnya amat sedikit malah rasanya ada orang tak dapat manafaat langsung...Kawan rasa fokus belanjawan kali ini tertumpu kepada beberapa golongan sahaja yang kebanyakan golongan sasar miskin dan luar bandar..
Tapi di sini kawan nak tekankan kenapa belanjawan kali ini tiada yang naik..Maksud kawan bila Bajet oleh PR hari selasa lalu, ramai berkata mana Pak Nuar nak cari duit.. Nampaknya Bajet BN pon sama tidak membentangkan cara mana pendapatan diperolehi.. Tidak seperti kelazimannya. Jangkaan seperti cukai Tembakau naik nampaknya disenyapkan...xpe.. Kawan akan terus memerhati kes ini..
Oleh itu, secara umumnya kawan istiharkan belanjawan kali ini biasa-biasa saje.. Nampaknya belanjawan gula-gula tidak menjadi kenyataan sangat kecuali kepada kakitangan awam sahaja..
1 comment:
Ada sikit maklumat utk ditambah didalam posting ini. Arwah dato Ghazali Sulaiman telah di paksa oleh Hanafisah & Dato Halim Chap menandatangani 10 keping cek book kosong umno bahagian Jerantut. Cek tersebut telah ditandatangan oleh Dato Zali dlm keadaan terpaksa. Di minta Ajk UMNO Bahgian siasat perkara tersebut. Apa tujuan cek itu ditandatangan? Dikatakan cek tersebut diminta oleh Hanafisah seminggu sebelum Arwah Dato Zali meninggal dunia. Patpatsikulipat cabar Hanafisah bukti akan ada projek umno yg akan dilaksanakan berkenanan sepuluh cek tersebut, atau ia digunakan utk kepentingan peribadi bendahari dan ajk yg kalah itu.
Post a Comment