Thursday, December 1, 2011

Gaji Baru dari SBPA (berkuatkuasa 1 Januari 2012)

Salam..

Kawan selam ini menunggu info dan pekeliling yang terkini dan sahih yang akan dikeluarkan oleh JPA terutamanya untuk kawan dan kakitangan awam lain... Pelbagai romuor dan berita diterbitkan sementara itu..

Jadi Mulai minggu ini, JPA sudah bergerak mengadakan roadshow untuk penerangan sistem SBPA ini..

Antara info yang kawan dapat dari perkongsian di forum yang kawan sertai adalah seperti berikut..

1.Akan wujud pelbagai lapisan gred spt berikut (secara kasar)

i. Premier
ii. Jusa
iii. Pengurusan Tinggi
iv. Pengurusan dan Profesional
v. Pelaksana

Penilaian Markah Penjawat Awam
Markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut
a. Markah 95% keatas - kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% - kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % - tiada kenaikan
d. Markah 70 % - di syorkan tamat perkhidmatan

Pemarkahan diatas adalah Key Performance Index @ (KPI).bonus tahunan akan dinilai dengan KPI.

Mereka yg terlibat dengan PGT 5,8,15 % ini adalah dari golongan Premier,Jusa & Pengurusan Tinggi sahaja.
Ini berikutan gaji mereka dalam SBPA cuma ada minima dan maksima. Struktur penjawat awam lain adalah mengikut PGT SBPA (sistem gaji sebaris).

2. Fungsi jabatan yang bertindih dikecilkan skop (digabungkan).

3. Pewujudan Anugerah PPC (Pingat Pekerja Cemerlang):

i.Cemerlang dalam perkhidmatan
ii.Aktif dalam aktiviti masyarakat dan sukan
iii.Mengharumkan nama negara

4. Pencen dibayar pada umur 55 tahun (lagi info berkaitan akan diupdate).

5. Semakan Elaun & Kemudahan pada 2013 dan Semakan Pelarasan Gaji pada 2014.

6. Pegawai awam menolak SBPA : --> Kekal secara KUP dalam SSM & Terima gaji SSM.

7.Ada jawatan akan dijumud@digabung@dimansuhkan dalam SBPA.

8.Bagi skim perkhidmatan yang DIKEKALKAN dalam SBPA,sekiranya menolak SBPA;kekal dalam skim SSM,terima gaji SSM,naik pangkat dalam SSM.

**9. Kaedah Pengiraan Gaji Baru SBPA. Gaji sekarang akan diberikan satu kenaikan dalam skel gaji SSM. kemudian akan diselaraskan pada mata gaji sama @ tertinggi berhampiran dalam sistem gaji sebaris SBPA. Confius ke..sy simplifykan base on gred N17.

Gaji SSM

JADUAL GAJI : N17 P1:
T1 820.38
T2 870.29
T3 920.20
T4 970.11
T5 1020.02
T6 1069.90

Jadi untuk jadual baru gaji SBPA..katakan gaji saya sekarang P1T3 920.20..saya dapat satu anjakan gaji ke T4 terlebih dahulu..
maknanya gaji saya 970.11..selepas itu gaji saya akan diselaraskan ke mata gaji sama @ terhampir dalam SBPA iaitu T2 Rm 1,050. Sedikit hint gaji N17 SBPA.

Gaji SBPA

JADUAL GAJI : N17
T1 955
T2 1050
T3 1145
T4 1240
T5 1335
T6 1430

Itu untuk N17 .. Untuk para Guru pulak, ada beritanya pula....

BERIKUT MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) 2011 :

Semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan...

Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat...
Syarat sah d...lm perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI...

A.Kenaikan pangkat daripada :

DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun

B.Kenaikan tahunan untuk :

DG 41... RM 230
DG 44 ...RM 250
DG 48....RM 270
DG 52....RM 290
DG 54....RM 320

C.GAJI PERMULAAN :

DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925....maksimum RM 6220
DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985....maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390....maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260....maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025....maksimum RM 11,505

D.Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali, bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018...

E.Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula, dan pada 2014 dan 2017 pelarasan gaji akan dilakukan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapitan kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000...

* Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54.... semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.....( 1-3 tak ada )

Itu adalah serba sedikit berkenaan SBPA.. Harap maklumat ini akan memberi input kepada semua

Info tambahan :-

1. Kepada sesiapa yang sudah memcapai tempoh time based tetapi masih tidak menerima kenaikan pangkat, sila hubungi PSM, Kementerian Pelajaran untuk tindakan segera. Perhatian, perkara ini perlu dilakukan sebelum 15 Disember 2011 ini... cepat...

2. Tuan/puan boleh memilih untuk bertukar kepada SBPA dengan menandatangai borang khas yang ada di Jabatan masing-masing.. Tempoh tandatangan bermula 15 Disember sehingga 30 Disember 2011.. Jika pada masa itu, tidak menandatanganinya dianggap tidak bersetuju dan akan kekal dalam SSM ..

3. Dalam SBPA juga, sesiapa ada kemahiran lain, akan diberi ganjaran lain...Contoh, ASP polis tetapi ada skill bawa kapal terbang, akan diberi gaji DSP...Berita lanjut akan diupdated...

4..Lupa dah.. nanti updated...

2 comments:

pusparaj said...

bila surat pekeliling gaji baru sbpa keluar

pusparaj said...

bila surat pekeliling resmi gaji baru sbpa kelura