Tuesday, June 21, 2011

Contoh Mentaliti Rakyat Malaysia :Penyewa Flat DBKL Hutang Lebih RM57juta

Salam..
Dalam melayari dunia online, kawan terjumpa artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Berita ini sebenarnya menjadi perhatian kawan dan sebenarnya bercadang nak join sekali kerana tidak tahan dengan mentaliti kerajaan sendiri yang turut melayan golongan sedemikian..
Sebagai contohnya, Kawasan FELDA.. sesiapa yang masih ada hutang BK dahulu diberi pelupusan hutang padahal ayah kawan dah bertungkus lumus menghabiskan duit untuk membayarnya.. Bukankah itu dinamakan tidak adil?.. Itu baru satu contoh. Banyak lagi contoh..
Orang kata semua itu diadakan sebagai gula pilihanraya. Nak katakan sebagai gula, yang dapatnya selamba jer kutuk kerajaan dan tanpa segan silu mengatakan akan mengundi pembangkang....Malah siap mengutuk orang yang mengundi BN sebagai sia-sia kerana tidak dipedulikan oleh parti sendiri.... Betulkan sedemikian .....

Sesama kita baca rencana ini....apa komen anda....

Tentunya seronok kalau boleh tinggal di rumah percuma tanpa perlu membayar sewa bukan? Tetapi jika sewa tersebut hakikatnya dibayar oleh orang lain atau pembayar cukai tentunya sesuatu perlu dilakukan jika penyewa-penyewa tegar ini berterusan tidak mahu membayar sewa dan bil air yang kini melebihi RM57 juta.

Inilah yang dihadapi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada masa ini. Jumlah tersebut juga sebenarnya tidak termasuk sejumlah RM25 juta lagi yang telah dilupuskan selepas penyewa-penyewanya melarikan diri tanpa membayar tunggakan sewa dan bil air.

Menurut laporan Star Metro, hutang tertinggi yang tertunggak adalah sebanyak RM35,581 oleh seorang penyewa di PPR Kg Limau yang mana tertunggak sejak tahun 1980an lagi sementara satu lagi tunggakan sebanyak RM36,171 di PPR Desa Tun Razak.

Sebanyak 2,000 penyewa di perumahan kos rendah Desa Rejang pula mempunyai tunggakan hutang sewa dan air tertinggi iaitu sebanyak RM4.5juta.

Menurut Datuk Bandar KL, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, 70% dari penyewa tersebut adalah mereka yang tegar dalam membayar sewa walaupun sebenarnya mereka mampu berbuat demikian. Sejumlah 52,851 rumah kos rendah disewakan dan 36,995 penyewa mempunyai tunggakan sewa. Menurut beliau lagi, kebanyakan dari penyewa ini adalah terdahulunya dari perumahan setinggan dan mendapat keutamaan untuk memperolehi rumah sewa ini pada kadar serendah RM90-RM124 sebulan. Oleh itu tidak hairan jika golongan yang majoritinya mahukan segalanya percuma ini tidak mahu membayar sewa tersebut dan akhirnya kerajaan (dibaca sebagai pembayar cukai) terpaksa membayar tunggakan berjuta-juta ringgit ini sedangkan lebih baik jika ianya dapat digunakan untuk tujuan yang lebih baik seperti membina sekolah, jalan raya dan sebagainya.

Secara umumnya saya serta ramai diluar sana boleh memahami jika golongan yang tidak membayar ini benar-benar dari kalangan mereka yang tidak mampu serta berada dibawah paras kemiskinan tegar – seperti ibu tunggal, OKU dan sebagainya. Tetapi hakikatnya hasil dari tinjauan mendapati majoriti mereka adalah mereka yang sangan mampu untuk membayar sewa tersebut – kerana didapati kereta-kereta yang boleh dikatakan mahal dimiliki oleh penghuni tersebut termasuklah seperti Honda Civic dan Mercedes Benz. Selain itu penghuni ini juga dikatakan mampu untuk melanggan TV satelit dan juga beberapa penyaman udara dirumah mereka disamping melakukan ‘renovation’ ke atas rumah mereka.


Kereta Mewah, Sewa Tak Bayar.

Temuramah yang dilakukan juga menemui seorang penyewa yang tanpa risau dan segan silu menyatakan beliau berhutang RM7,000 dan DBKL tak akan menghalau mereka keluar dari rumah tersebut. Seorang lagi penyewa yang menerima tawaran untuk membeli rumah yang didiami beliau dari DBKL menyatakan “DBKL menawarkan satu unit kepada saya dengan syarat saya membayar semua tunggakan sewa. Mengapa saya perlu bayar?. Sedangkan ianya percuma sekian lama dan mengapa saya perlu beli dan bayarnya sekarang?” – huhhhh…. teruknya mentaliti!

Sekiranya mentaliti seperti ini tidak diatasi dengan segera maka saya lihat Skim perumahan yang berniat murni ini akan hanya memudaratkan lagi dan merugikan negara. Berjuta-juta ringgit duit pembayar cukai akan terpaksa digunakan untuk membayar tunggakan-tunggakan ini. Menurut DBKL, hasil dari sewaan pada tahun lepas adalah RM78.6 juta tetapi kos penyelenggaraan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM158.5 juta – ianya memerlukan DBKL kos yang lebih untuk penyelenggaraan unit-unit kos rendah ini kerana sewa seunit hanya RM124 tetapi kos penyelenggaraan adalah RM250.

Semoga DBKL dapat melaksanakan sesuatu dalam menangani masalah ini dan mereka yang terlibat terutamanya yang sememangnya mampu untuk membayar sewa supaya melaksanakan tanggungjawab mereka dan sepatutnya rasa bersyukur dapat menyewa rumah serendah RM124 sebulan di masa orang lain yang terpaksa membanting tulang untuk membayar sewa RM350-RM600 sebulan untuk rumah yang sama.

Sumber : tips hartanah

1 comment:

haffizmohdnoor said...

wah...banyak gila hutang diorg nih.. pentingkan diri tul ..